feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Widget Upin dan Ipin


Salam dan hello kepada pembaca semua.Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang widget animasi upin dan ipin.Di mana anda boleh dapatkan widget ini??? Ok jom kita tengok.



Kepada yang berminat dengan animasi Upin dan Ipin ini anda boleh dapatkan widgetnya di www.menteil.net untuk diletakkan pada blog anda masing-masing.Saya lihat widget tersebut tersangatlah comelnya dan boleh menceriakan blog anda di pagi raya nanti...hehe...

Baca artikel sepenuhnya...



Promosi Tshirt Ubuntu

Labels:

Salam dan hello kepada semua pengguna sekalian.Kali ini saya ingin membuat promosi untuk Tshirt Ubuntu di blog rakan saya.Untuk pengetahuan anda semua, bos blog ini nak jual Tshirt Ubuntu oleh itu saya sebagai sahabat tolong la promosi sikit2.Hendak tahu lebih lanjut sila klik link dibawah ini:

Tshirt
Cuba la tengok dulu...hehe... Baca artikel sepenuhnya...



Cara- cara search di Google dengan berkesan

Labels:

Salam dan hello kepada pembaca sekalian.Kali ini saya akan berkongsi dengan anda serba sedikit tentang cara2 untuk membuat carian yang berkesan di Google.Ini kerana,kita sering kali membuat "searching" dengan hanya menaip apa yang kita mahukan sahaja tetapi macam2 yang dapat.Artikel ini sangat berkesan terutamanya kepada para pelajar.Jom kita lihat cara2nya...




#1. Guna google sebagai kamus (dictionery)

Taip define:[perkataan] untuk mencari maksud sesetengah perkataan dengan menggunakan Google.

Contoh : taip define:action potential untuk mencari maksud bagi action potential. Action potential adalah terma saintifik dalam bidang biologi.
Cara ini sangat sesuai bagi para pelajar yang malas nak buka buku kamus...
hehe...

#2. Guna google untuk mencari nota-nota dalam format ppt (powerpoint) doc (word) dan pdf atau lain2 lagi.

Taip [tajuk nota] filetype: [ppt,word,pdf]

Contoh : taip bacteria structure filetype:ppt untuk mencari nota-nota mengenai bacteria structure dalam bentuk powerpoint presentation. Tukar ppt kepada doc atau pdf untuk mencari dalam format lain.
Senang sahajakan...

#3. Guna google untuk mencari nota-nota atau bahan interaktif dalam format swf (flash)

Bosan dan tidak faham membaca nota-nota yang penuh dengan tulisan? Cuba mencari bahan-bahan dalam bentuk flash yang penuh animasi dan interaktif.

Contoh : taip gram staining filetype:swf untuk mencari bahan animasi flash mengenai gram staining.
Dengan cara2 ini cara pembelajaran anda akan menjadi lebih interaktif dan menarik.

Anda juga dapat mencari file2 berformat lain dengan mencuba alternatif2 di ats..
Selamat maju jaya...





Baca artikel sepenuhnya...



Ronaldo tayang Bently biru

Labels:



CRISTIANO Ronaldo dirakam memandu kereta mewah Bently yang dibeli dengan harga RM2.1 juta manakala nombor pendaftarannya dibeli dengan kos mencecah RM1 juta.



MANCHESTER - Selepas menunggu selama dua bulan Bintang kelab Manchester United, Cristiano Ronaldo akhirnya menayangkan kereta mewah Bentley coupe terbarunya, lapor sebuah akhbar semalam.

Ronaldo menempah kereta Bentley coupe berwarna biru berharga £340,000 (RM2.1 juta) itu selepas mengesahkan bahawa dia akan kekal di MU pada Jun lalu.

Bagaimanapun, beberapa peminat tertanya-tanya mengenai pemilihan warna kereta Ronaldo kerana beberapa rakannya di MU lebih cenderung memilih warna merah.

Bintang MU itu sebelum ini memiliki beberapa kereta mewah termasuklah sebuah Rolls Royce Phantom berharga £340,000 (RM2.1 juta) dan Bentley convertible berharga £140,000 (RM853,239).

Ronaldo juga sanggup menghabiskan £150,000 (RM915,148) untuk memperoleh nombor pendaftaran CR7 khas bagi keretanya barunya itu.

Satu sumber berkata, Ronaldo kini taksub dengan CR7 yang merupakan singkatan nama dan nombor jersi miliknya di MU. Malah semua barang miliknya ada katian dengan nombor 7.

"Ronaldo sudah lama mengidam untuk mendapatkan nombor pendaftaran itu dan akhirnya dia memilikinya juga," katanya.

Pemain antarabangsa Portugal itu sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dan beberapa kali menyuarakan hasratnya untuk berhijrah.

Bagaimanapun, Ronaldo menamatkan spekulasi berhubung masa depannya apabila mengesahkan bahawa dia akan kekal di Manchester United.

- Agensi

Sumber dari :
Kosmo online

Baca artikel sepenuhnya...



Komik Google...Keluaran khas sempena pelancaran Google Chrome

Labels:


Hello to the all readers.I would like share with you one of the interesting features in google chrome. In that browser they provide the "comic" that completely connected to the their new features of software. The content of that "comic" is very quiet interesting to me and i hope all of us can take the knowledge from that cartoon...Hehe...

Below are the link to read through the "comic":
http://www.google.com/googlebooks/chrome/#



Baca artikel sepenuhnya...



V8 team project in Java script..Lets play...

Labels:



Salam sejahtera & hello kepada semua pembaca Sumber terbuka sekalian.Pada kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua tentang satu laman web yang agak menarik.Ia berkenaan tentang sebuah permainan yang menggunakan syntax javascript...Memang menarik..Jom kita lihat



Permainan ini juga dapat menguji kepantasan kita menaip seberapa banyak perkataan syntax dan kita juga dapat melawan rekod2 para peserta yang lain...Hehehe....

Untuk ke permainan tersebut sila klik pada URL di bawah ini...

http://qwerty.codathlon.com/

Baca artikel sepenuhnya...



Chrome: Google's shiny new browser

Labels:



The latest attack in the browser wars comes from an unexpected combatant: Google, and its new browser called Chrome. This open-source browser, built on the same engine that powers Safari and Android, sports a super-fast JavaScript rendering, and takes tabs to the next level.



Why Google Chrome? Fast browsing = $$$
Google is betting that its Chrome browser will speed up Web search, Web advertising, and Web applications--even if it's because it forces Microsoft to improve IE.

Taking Chrome (beta) for a spin
Google has rethought the Internet browser--some of its basic underpinnings are quite novel--but users will recognize some features as they exist in other, open-source browsers on the market today.

Speed test: Google Chrome beats Firefox, IE, Safari
Google's Chrome trounces Firefox, Internet Explorer, and Safari on speed tests for JavaScript, a key foundation for rich Web apps. But Google picked the benchmarks.

For more information please click here


I'm really excited about this...Let's check it out guys..........!!!!!!!!!!!

Get the google chrome now!!!



Baca artikel sepenuhnya...



Install Apache,Php dan MySQL in WindowsXp

Labels:

Salam & hello kepada pembaca Sumber Terbuka semua.Tentu anda semua pernah terdengar Apache Web Server, Php, dan MySQL.Kalau bagi yang tidak pernah dengar lagi, ini semua adalah sistem dan aplikasi berteraskan OpenSource...



Bagi pelajar jurusan komputer mereka harus menguasai penggunaa aplikasi2 tersebut kerana ianya semakin mendapat tempat pada zaman sekarang.Tujuan saya menulis berkenaan artikel ini adalah kerana saya ingin memberi kemudahan kepada para pembaca yang ingin bermula mempelajari penggunaan aplikasi2 tersebut.Tetapi saya buka hendak mengajar penggunaan aplikasi2 tersebut kerana saya pun masih dalam proses pembelajaran lagi.

Disini saya ingin berkongsi link yang sesuai untuk kita yang masih "beginners" untuk bermula menggunakan aplikasi2 tersebut.Saya mulakan dengan link tutorial yang mudah yang telah saya gunakan("refer") ketika instalasi ke semua aplikasi2 itu. Anda boleh tekan dibawah ini :

Tutorial Install Apache,Php dan MySql

Baca artikel sepenuhnya...



Let us play with some trickie "JavaScript"

Labels:



Salam dan Hello semua kepada pembaca SUMBER TERBUKA sekalian.Kali ini saya akan menunjukkan kepada anda beberapa "trick" yang boleh kita lakukan dengan menggunakan "code" JavaScript pada laman web.Jom kita lihat...










Langkah2 yang perlu anda buat :
1. Copy semua code yg saya berikan dibawah ini, kemudian paste kan pada alamat url anda dan tekan enter.
2. Copy all the code below and paste it in your url and hit enter.

(A)Code ini akan membolehkan anda untuk edit apa sahaja di website tersebut yang telah anda pastekan.


javascript:document.body.contentEditable='true'; document.designMode='on'; void 0


(B)Code ini pula akan membuatkan gambar di dalam website yang anda paste 2 akan berputar2..Cepat try.

javascript:R=0; x1=.1; y1=.05; x2=.25; y2=.24; x3=1.6; y3=.24; x4=300; y4=200; x5=300; y5=200; DI=document.getElementsByTagName("img"); DIL=DI.length; function A(){for(i=0; i-DIL; i++){DIS=DI[ i ].style; DIS.position='absolute'; DIS.left=(Math.sin(R*x1+i*x2+x3)*x4+x5)+"px"; DIS.top=(Math.cos(R*y1+i*y2+y3)*y4+y5)+"px"}R++}setInterval('A()',5); void(0);


(C) Code ini akan bertindak sebagai calculator untuk website anda.

javascript: alert(34343+3434-222);


(D) Code ini akan mengesahkan kesahihan website yang anda tengah layari sekarang. Cuba paste pada sumber terbuka. Betul ke tidak nie.

javascript:alert("The actual URL is:\t\t" + location.protocol + "//" + location.hostname + "/" + "\nThe address URL is:\t\t" + location.href + "\n" + "\nIf the server names do not match, this may be a spoof.");


Kalau anda suka pada artikel ini, bolehla anda "subscribe" yer...

Baca artikel sepenuhnya...



Anuar Ibrahim menang besar!!!

Labels:

Salam sejahtera, tepat jam 10:00 pm tadi saya telah mendapat panggilan telefon daripada "member" yang berada di permatang pauh.Seperti yang dijangka Anuar Ibrahim dari parti PKR telah menang dengan bergayanya.Berikut adalah keputusan pilihanraya Permatang Pauh 26/8/2008...



PKR:31195
BN:15524
AKIM:92

majoriti kemenangan : 15671

Nampaknya Dato Seri Anuar akan berada di parlimen untuk bersidang bersama2 dengan ahli2 parlimen yang lain.Kita sama2lah tengok apa perubahan yang dapat mereka lakukan selepas ini...

Sekian


Baca artikel sepenuhnya...



Jom tengok "search engine" selain Google

Labels:

Adakah anda semua tahu bahawa terdapat pelbagai lagi jenis "search engine" yang ada di internet kita pada masa kini.Google dan yahoo sudah menjadi akar di pemikiran kita kerana kita selalu menggunakannya.Tetapi sebenarnya terdapat pelbagai lagi "search engine" yang boleh kita jadikan pilihan.Jom kita tengok...





Ask.com merupakan search engine yang boleh menjana duit melaluinya.Seperti biasa kita perlu register jika kita hendak membuat tuntutan mata nilai seperti itu.








cuil.com merupakan search engine yang kian popular pada masa kini.Dibangunkan oleh sepasang suami isteri dan semakin mendapat tempat dikalangan hati pengguna.









yahoo.com merupakan search engine yang paling popular pada masa dulu tetapi berjaya dipatahkan oleh google pada masa kini. Masih terdapat lagi pengguna yang menggunakan carian melalui ini kerana "by default" dalam internet explorer kita akan terus melayari laman ini ketika membukanya.






blackle.com dari Google ini merupakan carian engin yang khas dikeluarkan oleh pihak google sempena minggu menjimatkan tenaga elektrik.Ini kerana,page yang berwarna hitam dikatakan dapat mengurangkan pengambilan tenaga elektrik kepada komputer(kata2 dari pihak google).




p/s: Walaubagaimanapun pilihan bagi saya tetap google.com..Selain nampak "simple" dan menarik ia adalah carian engin yang paling berkesan pada masa kini..Hehehe


Baca artikel sepenuhnya...



Website Kamus

Labels:

Salam sejahtera kepada pembaca sekalian.
Adakah sebelum ini anda pernah meneroka didalam buku kamus untuk mencari maksud sesuatu perkataan yang anda kurang faham terutamanya perkataan yang berbahasa Inggeris? Tentu jawapannya "ya" bagi yang rajin untuk mencari jawapan..hehe..Sekarang sudah ada jalan yang mudah untuk anda membuat sebegitu...



definr.com adalah kamus yang popular pada masa kini di Internet.Pengguna hanya perlu menaip sesuatu perkataan dan menekan butang "enter" sahaja untuk mengetahui makna perkataan tersebut.Semudah seperti anda search di Google dan Yahoo.

definr.com ini dibangunkan oleh Christian von Kleist tetapi saya kurang pasti siapakah dia sebenarnya tetapi kita perlu berterima kasih kepada beliau kerana dia telah menyediakan kemudahan seperti ini kepada pengguna secara percuma sahaja.Pengguna hanya perlukan talian internet dan komputer kemudian taip url website ini dan seterusnya anda boleh mencari makna perkataan sepeti dalam kamus.Projek ini telah dibangunkan secara "OpenSource" berdasarkan Princeton's open WordNet 2.0.Ia juga dibangunkan dengan menggunakan MySql database iaitu pengkalan data berasaskan sumber terbuka.

Untuk melayari laman web ini anda boleh tekan dibawah:
Perkataan yang boleh dipaparkan hanya dari Inggeris ke Inggeris sahaja.
http://definr.com/

Baca artikel sepenuhnya...



Hati-hati penulis blog Malaysia

Labels:

Salam sejahtera kepada pembaca sekalian.Surat khabar harian metro yang bertarikh 23 Ogos 2008 telah memaparkan bahawa rumah penulis blog Malaysia Today iaitu Raja Petra Kamaruddin telah diserbu pihak polis.



Hal ini berikutan daripada siasatan akuan berkanun seorang doktor Hospital Pusrawi dalam kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.Sekumpulan polis telah menggeledah rumah beliau di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh dan telah merampas komputer riba,alat pengimbas dan beberapa dokumen yang lain.

Nampak gayanya bloggers2 Malaysia perlulah berhati2 pada zaman sekarang ini kerana pihak kerajaan telah memandang serius kepada isu2 yang dipaparkan di dalam blog2 masa kini.Oleh itu,saya selaku blogger Malaysia memandang serius kepada hal2 sebegini dan saya ingin menasihatkan kepada bloggers semua supaya berhati2 dengan kandungan yang ditulis kerana "BLOG ANDA SEDANG DIPERHATIKAN"...hehe...

Baca artikel sepenuhnya...



Harga Minyak Turun 15sen!!!

Labels:



KUALA LUMPUR: Harga runcit minyak petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.55 seliter manakala harga runcit diesel sebanyak 8 sen kepada RM2.50 seliter mulai esok, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya hari ini.



Beliau berkata Kabinet memutuskan harga runcit petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55 seliter manakala harga runcit petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter.

Harga runcit diesel akan dikurangkan sebanyak lapan sen seliter daripada RM2.58 seliter kepada RM2.50 seliter, katanya dalam kenyataan akhbar di sini.

Harga baru bahan api itu ditentukan dengan mengambilkira harga sebenar petrol daripada 1 Ogos hingga 21 Ogos serta penetapan subsidi 30 sen seliter manakala subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk diesel berdasarkan harga baru itu ialah sebanyak 50 sen setiap liter.

“Jemaah Menteri hari ini telah mengambil keputusan untuk mempercepatkan tarikh penguatkuasaan pelarasan harga petrol baru,” katanya.

Sumber dari hmetro :
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Mutakhir/20080822171243/Article

Persoalannya,adakah penurunan harga minyak ini disebabkan oleh desakan pilihanraya di Permatang Pauh?.Kita saksikan jika pihak kerajaan menang adakah mereka akan kekalkan dengan harga sebegini ataupun menaikkan kembali harga petrol tersebut.Adakah ini hanya lakonan politik semata2.

Baca artikel sepenuhnya...



Membuat aplikasi percuma dgn Creator Zoho

Labels:

Anda mungkin tertanya2 adakah ada sistem yang membolehkan kita membuat aplikasi secara pantas dan segera dan yang paling penting aplikasi tersebut adalah mudah difahami dan senang digunakan.
Ya, memang wujud benda sebegitu pada zaman sekarang. Zoho adalah jawapan kepada segalanya.



Zoho adalah satu aplikasi di mana,pengguna dapat membuat satu sistem pengkalan data(database) secara mudah dan cepat.Ia tidak memerlukan seseorang yang mahir dalam pengaturcaraan untuk membuatnya tetapi berbekalkan pengetahuan asas dalam "scripting language" contohnya Java kita mampu membuat satu aplikasi yang "cantik" dan berfungsi. Salah satu lagi kelebihan Zoho ini adalah ia percuma(free) bagi individu yang hanya mahu menggunakan kapasiti pengkalan data yang rendah dan bagi syarikat atau industri yang mahu menggunakan kapasiti pengkalan data yang tinggi pula pihak Zoho telah meletakkan beberapa pakej tertentu yang bersesuaian dengan kehendak industri.

Untuk memulakan penggunaan aplikasi ini dan pengetahuan yang lebih lanjut, pengguna harus mendafar dahulu sebelum boleh"login" ke dalam sistem tersebut.
Anda boleh mendaftar disini :
http://creator.zoho.com/


Baca artikel sepenuhnya...



Apakah itu Joomla?

Labels:

Joomla merupakan satu sistem pengurusan yang berlandaskan sumber terbuka (open source) yang diedarkan secara percuma.
Ia ditulis dalam pengaturcaraan(code) PHP(Hypertext Preprocessor or Personal Home Page) untuk diterbitkan ke laman web dengan menggunakan pengkalan data(database) MySQl.



Ciri-ciri unik Joomla! termasuklah laman cache untuk meningkatkan prestasi, RSS, laman boleh cetak, berita terkini, blog, undian, carian laman, dan bahasa-bahasa.
Nama "Joomla" diambil daripada perkataan Swahili iaitu jumla yang bermaksud "mari bersama-sama" atau "secara keseluruhannya". Ia dipilih bagi menunjukkan komitmen pasukan pembangunan dan komuniti projek berkenaan. Keluaran pertama Joomla! (Joomla! 1.0.0) diumumkan pada 16 September 2005. Ini adalah keluaran penjenamaan semula Mambo 4.5.2.3 digabungkan dengan pembaikan keselamatan serta pepijat komputer. Di peta laman projek ini, pasukan pembangunan asas menyatakan bahawa Joomla! 1.5 adalah kod yang ditulis semula dengan dibinan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP 5.

Joomla! dibebaskan di bawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU.

SEJARAH

Joomla! mula terjadi apabila terjadinya pembangunan perisian daripada versi Mambo diantara Miro Corporation dari Australia, pemegang hak cipta Mambo pada masa itu, dan kesemua ahli pemaju pusat. Kedua-dua kumpulan berpisah pada 17 Ogos 2005. Miro Corporation menubuhkan sebuah yayasan dengan tujuan untuk menaja projek itu dan melindunginya daripada tindakan undang-undang. Pasukan pembangunan mendakwa bahawa banyak struktur yayasan berkenaan melanggari perjanjian yang dibuat oleh Jawatankuasa Mambo yang dilantik. Mereke juga mendakwa kurangnya perbincangan dengan pemegang saham utama dan melanggari nilai-nilai asas Sumber Terbuka.

Pasukan pembangunan mencipta sebuah laman web yang dipanggil OpenSourceMatters untuk mengedarkan maklumat kepada para pengguna, pemaju, pereka web dan komuniti secara amnya. Ketua projek pada waktu itu, Andrew Eddie, juga dikenali sebagai "MasterChief," menulis sepucuk surat terbuka kepada komuniti, yang mucul di papan pemberitahuan di forum awam di mamboserver.com.

Menjelang keesokkan hari, 1000 orang telah menyertai laman forum opensourcematters.org dengan kebanyakan mesej menunjukkan perkataan-perkataan semangat dan galakan kepada Pasukan Pembangunan. Laman web berkenaan menerima komen dan artikel berita berhubung peristiwa berkenaan di newsforge.com, eweek.com, and ZDnet.com. CEO Miro, Peter Lamont, memberi respon awam di dalam artikel bertajuk Kontroversi Sumber Terbuka - 20 Soalan Bersama Miro.

Peristiwa ini telah mengakibatkan komuniti sumber terbuka berfikir semula tentang apa tafsiran "Sumber Terbuka". Laman-laman forum di kebanyakan projek sumber terbuka dibanjiri dengan mesej-mesej menyokong dan menentang tindakan kedua-dua pihak berkenaan. Khabar-khabar angin dan tuduhan tentang kesilapan yang dilakukan oleh Miro dan Yayasan Mambo mula menjadi hangat.

Dalam masa dua minggu selepas pengumuman Eddie, pasukan-pasukan mula disusun semula dan komuniti ini mula tumbuh. Pada 1 September 2005 nama baru diumumkan dengan sambutan berbeza oleh 3000+ penyokong setia Pasukan Pembangunan.

Artikel ini dipetik daripada portal sumberterbuka.com
Kredit kepada http://sumberterbuka.com/portal/index.php

Joomla Malaysia
http://www.joomlamalaysia.org

Baca artikel sepenuhnya...



Lee Chong Wei diberi gelaran Datuk

Labels:

Dalam suratkhabar hari ini kita dapat lihat jaguh badminton negara kita iaitu Lee Chong Wei telah mendapat gelaran Datuk apabila telah memenangi pingat perak dalam Olimpik Beijing 2008. Beliau telah tewas kepada pemain China Lin Dan pada temasya sukan tersebut.



Walaubagaimanpun,anak kelahiran Pulau Pinang ini telah berjaya mendapat gelaran Datuk yang telah dberikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan persetujuan ini juga dicapai melalui pengesahan untuk memberi gelaran ini daripada Yang Dipertua Pulau Pinang jugak.
Walaupun umur baru 26tahun beliau adalah 2 daripada rakyat Pulau Pinang iaitu seorang lagi pemain skuasy negara kita Nicole David yang berjaya mendapat gelaran datuk.
Sungguh tidak kusangka, Pulau Pinang banyak melahirkan datuk2 ini.Tapi apakah relevennya memberi gelaran2 datuk ini kepada pemain sukan?

Baca artikel sepenuhnya...



Pilihanraya Permatang Pauh 26/8/2008

Labels:

Baru2 ini aku mendapat panggilan dari member aku yang berada di Permatang Pauh.Dalam perbualan kami itu berkisar tentang pilihanraya Permatang Pauh yang bakal menjelang pada 26 Ogos 2008 ini.Member aku dari sana ini cerita la tentang serba sedikit tentang pilihanraya tersebut kerana dia telah menghadirkan dirinya pada hari penamaan calon itu.Kenapa aku tidak berada distiu?hehe..Masa itu,aku tidak balik ke kampung kerana terlampau banyak kerja yang perlu disiapkan di Pahang ini.



Sedang kami asyik bersembang itu dia pun cerita la satu perkara yang aku rasa "best" jugak untuk dikongsi ini.Dia cakap,selepas sehari penamaan calon itu, mulalah bukanya bilik gerakan2 parti ini dan bila adanya mesyuarat dalam "parti ini" dia mesti akan pergi.Tau atau tidak kenapa dia mesti pergi kerana setiap kali pergi semestinya tidak kurang dari RM50 akan dapat dan ada tambahan lagi makanan2 secara free.Siapa yang tidak mahu bukan...benda free bukan senang hendak dapat pada zaman minyak sudah naik ini.

Pada pandangan aku, kenapa kita perlu memberi duit semata2 mahu meraih undi sedangkan ramai lagi rakyat yang kebuluran perlukan duit.Bukankah undi itu rahsia dan kita perlu ikhlas.Tetapi, tidak kira macam mana pun itulah politik.Saya tidak bermaksud kepada mana2 pihak samaada yang betul atau pun yang kurang betul tapi sampai bilakah kita harus begini???

Kalau menang balik modal jugak tapi kalau kalah kan rugi namanya...


Baca artikel sepenuhnya...



Blog dan Kehidupan

Labels:

Akhir2 ini,kita dapat lihat sudah ramai masyarakat yang memiliki blog2 mereka tersendiri.Baik dari kelompok masyarakat yang mahir atau pun tidak mahir pasal komputer kita dapat tengok mereka semua sudah memiliki blog.Apakah tujuan blog ini?Fuhh..macam2 yang kita boleh letak,kita boleh luahkan,kita boleh cari dan ada yang buat blog untuk cari makan jugak contohnya letak Adsense banyak2,nuffnang, dan macam2 lagi la pada zaman ini.



Kenapa memilih blog sebagai saluran utama pada era ini?
1. Blog adalah free @ percuma.Itu yang paling penting.Kita tidak perlu keluarkan belanja yang tinggi hendak memiliki sesuatu blog.Apa yang penting adalah laptop,pc dan network atau rangkaian komunikasi.Lepak dekat McD yang ada internet pun boleh buat blog.

2.Medium yang sangat laju untuk memaklumkan kepada orang tentang sesuatu perkara.Masyarakat tidak perlu menuggu paper untuk hari esok untuk melihat berita selanjutnya tetapi sekadar buka dan taip url blog2 tertentu, info tersebut sudah tersedia di depan mata bila2 masa.

3. Berkongsi pendapat dan pertanyaan daripada pelbagai sudut pihak dengan cara yang mudah tanpa perlu ke kedai mamak atau menempah kawasan2 yang mahal untuk berbincang.

4.Tiada batasan atau sekatan di dalam blog untuk kita menyatakan sesuatu.Tiada akta undang2 kepada blogger2 lagi buat masa ini.Oleh itu, tulis la apa yang kita hendak.


5.Melalui penulisan blog kita dapat menjimatkan penggunaa kertas.hehehe...

Kalau ada lagi kelebihan2 yang lain anda boleh nyatakan di sini.





Baca artikel sepenuhnya...



Salam Perkenalan

Hari ini bertarikh 21 Ogos 2008 pukul 6:36pm pagi aku menaip kata2 aluan ini semua buat para pembaca blog aku.Masuk kali ini juga sudah berapa banyak blog yang aku telah buat dan aku harap blog ini akan mendapat sambutan.Kenapa dengan blog2 dulu?...Aku dulu buat blog dengan hanya "copy" "paste" dari orang punya sahaja.



Oleh itu kali ini, aku sudah nekad mahu lakukan perubahan.Aku akan pastikan blog aku kali ini 100% original.Buat tatapan pembaca semua, aku akan menulis dalam blog aku ini menggunakan dwibahasa iaitu bahasa malaysia dan bahasa inggeris.Aku harap para pembaca semua hibur dengan kandungan2 blog yang akan aku isikan nanti...Sekian dari penulis SUMBER TERBUKA.

Baca artikel sepenuhnya...