feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Apakah itu Joomla?

Labels:

Joomla merupakan satu sistem pengurusan yang berlandaskan sumber terbuka (open source) yang diedarkan secara percuma.
Ia ditulis dalam pengaturcaraan(code) PHP(Hypertext Preprocessor or Personal Home Page) untuk diterbitkan ke laman web dengan menggunakan pengkalan data(database) MySQl.



Ciri-ciri unik Joomla! termasuklah laman cache untuk meningkatkan prestasi, RSS, laman boleh cetak, berita terkini, blog, undian, carian laman, dan bahasa-bahasa.
Nama "Joomla" diambil daripada perkataan Swahili iaitu jumla yang bermaksud "mari bersama-sama" atau "secara keseluruhannya". Ia dipilih bagi menunjukkan komitmen pasukan pembangunan dan komuniti projek berkenaan. Keluaran pertama Joomla! (Joomla! 1.0.0) diumumkan pada 16 September 2005. Ini adalah keluaran penjenamaan semula Mambo 4.5.2.3 digabungkan dengan pembaikan keselamatan serta pepijat komputer. Di peta laman projek ini, pasukan pembangunan asas menyatakan bahawa Joomla! 1.5 adalah kod yang ditulis semula dengan dibinan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP 5.

Joomla! dibebaskan di bawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU.

SEJARAH

Joomla! mula terjadi apabila terjadinya pembangunan perisian daripada versi Mambo diantara Miro Corporation dari Australia, pemegang hak cipta Mambo pada masa itu, dan kesemua ahli pemaju pusat. Kedua-dua kumpulan berpisah pada 17 Ogos 2005. Miro Corporation menubuhkan sebuah yayasan dengan tujuan untuk menaja projek itu dan melindunginya daripada tindakan undang-undang. Pasukan pembangunan mendakwa bahawa banyak struktur yayasan berkenaan melanggari perjanjian yang dibuat oleh Jawatankuasa Mambo yang dilantik. Mereke juga mendakwa kurangnya perbincangan dengan pemegang saham utama dan melanggari nilai-nilai asas Sumber Terbuka.

Pasukan pembangunan mencipta sebuah laman web yang dipanggil OpenSourceMatters untuk mengedarkan maklumat kepada para pengguna, pemaju, pereka web dan komuniti secara amnya. Ketua projek pada waktu itu, Andrew Eddie, juga dikenali sebagai "MasterChief," menulis sepucuk surat terbuka kepada komuniti, yang mucul di papan pemberitahuan di forum awam di mamboserver.com.

Menjelang keesokkan hari, 1000 orang telah menyertai laman forum opensourcematters.org dengan kebanyakan mesej menunjukkan perkataan-perkataan semangat dan galakan kepada Pasukan Pembangunan. Laman web berkenaan menerima komen dan artikel berita berhubung peristiwa berkenaan di newsforge.com, eweek.com, and ZDnet.com. CEO Miro, Peter Lamont, memberi respon awam di dalam artikel bertajuk Kontroversi Sumber Terbuka - 20 Soalan Bersama Miro.

Peristiwa ini telah mengakibatkan komuniti sumber terbuka berfikir semula tentang apa tafsiran "Sumber Terbuka". Laman-laman forum di kebanyakan projek sumber terbuka dibanjiri dengan mesej-mesej menyokong dan menentang tindakan kedua-dua pihak berkenaan. Khabar-khabar angin dan tuduhan tentang kesilapan yang dilakukan oleh Miro dan Yayasan Mambo mula menjadi hangat.

Dalam masa dua minggu selepas pengumuman Eddie, pasukan-pasukan mula disusun semula dan komuniti ini mula tumbuh. Pada 1 September 2005 nama baru diumumkan dengan sambutan berbeza oleh 3000+ penyokong setia Pasukan Pembangunan.

Artikel ini dipetik daripada portal sumberterbuka.com
Kredit kepada http://sumberterbuka.com/portal/index.php

Joomla Malaysia
http://www.joomlamalaysia.org


Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book




0 comments:

Post a Comment