feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Harga Minyak Turun 15sen!!!

Labels:



KUALA LUMPUR: Harga runcit minyak petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.55 seliter manakala harga runcit diesel sebanyak 8 sen kepada RM2.50 seliter mulai esok, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya hari ini.



Beliau berkata Kabinet memutuskan harga runcit petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55 seliter manakala harga runcit petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter.

Harga runcit diesel akan dikurangkan sebanyak lapan sen seliter daripada RM2.58 seliter kepada RM2.50 seliter, katanya dalam kenyataan akhbar di sini.

Harga baru bahan api itu ditentukan dengan mengambilkira harga sebenar petrol daripada 1 Ogos hingga 21 Ogos serta penetapan subsidi 30 sen seliter manakala subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk diesel berdasarkan harga baru itu ialah sebanyak 50 sen setiap liter.

“Jemaah Menteri hari ini telah mengambil keputusan untuk mempercepatkan tarikh penguatkuasaan pelarasan harga petrol baru,” katanya.

Sumber dari hmetro :
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Mutakhir/20080822171243/Article

Persoalannya,adakah penurunan harga minyak ini disebabkan oleh desakan pilihanraya di Permatang Pauh?.Kita saksikan jika pihak kerajaan menang adakah mereka akan kekalkan dengan harga sebegini ataupun menaikkan kembali harga petrol tersebut.Adakah ini hanya lakonan politik semata2.


Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book




1 comments:
gravatar
mangata said...
August 23, 2008 at 2:58 PM  

hu2..... kalau turun lg byk lg best

Post a Comment