feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Pilihanraya Permatang Pauh 26/8/2008

Labels:

Baru2 ini aku mendapat panggilan dari member aku yang berada di Permatang Pauh.Dalam perbualan kami itu berkisar tentang pilihanraya Permatang Pauh yang bakal menjelang pada 26 Ogos 2008 ini.Member aku dari sana ini cerita la tentang serba sedikit tentang pilihanraya tersebut kerana dia telah menghadirkan dirinya pada hari penamaan calon itu.Kenapa aku tidak berada distiu?hehe..Masa itu,aku tidak balik ke kampung kerana terlampau banyak kerja yang perlu disiapkan di Pahang ini.



Sedang kami asyik bersembang itu dia pun cerita la satu perkara yang aku rasa "best" jugak untuk dikongsi ini.Dia cakap,selepas sehari penamaan calon itu, mulalah bukanya bilik gerakan2 parti ini dan bila adanya mesyuarat dalam "parti ini" dia mesti akan pergi.Tau atau tidak kenapa dia mesti pergi kerana setiap kali pergi semestinya tidak kurang dari RM50 akan dapat dan ada tambahan lagi makanan2 secara free.Siapa yang tidak mahu bukan...benda free bukan senang hendak dapat pada zaman minyak sudah naik ini.

Pada pandangan aku, kenapa kita perlu memberi duit semata2 mahu meraih undi sedangkan ramai lagi rakyat yang kebuluran perlukan duit.Bukankah undi itu rahsia dan kita perlu ikhlas.Tetapi, tidak kira macam mana pun itulah politik.Saya tidak bermaksud kepada mana2 pihak samaada yang betul atau pun yang kurang betul tapi sampai bilakah kita harus begini???

Kalau menang balik modal jugak tapi kalau kalah kan rugi namanya...



Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book




0 comments:

Post a Comment